photo freebies3_zps18cf0e55.png

Thursday 30 July 2015


Image result for resepi nasi beriani periuk noxxa
Image result for resepi nasi beriani periuk noxxa








*NASI BERIANI AYAM*
Bahan-bahannya:
2 tsb minyak sapi
2 tsb minyak masak
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inch halia*
Bahan-bahan bertanda * perlu dikisar dahulu hingga hancur
1 helai daun pandan (disimpul)
Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga secukupnya
1 bungkus rempah beriani
3 cawan beras Basmathi (cuci bersih)
3 1/2 cwn air
1/2 cawan air
100 g kacang gajus
1 tin kecil kacang peas
Bawang goreng
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan




Cara membuatnya:
Masukkan minyak sapi dan minyak masak ke dalam periuk
Kemudian tekan fungsi "STIR FRY" dan tekan ÖN"
Biarkan minyak panas
Selepas itu tumiskan bahan yang telah dimesin halus, kacau sebentar dan masukkan daun pandan
Kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
Kacau hingga naik bau dan kekuningan
Selepas itu masukkan rempah beriani dan air 1/2 cawan
Kacau lagi sehingga hampir kering
Kemudian masukkan 3 1/2 cawan air dan kacang gajus
Selepas itu masukkan beras
Tutup periuk dengan betul (Pastikan penutup periuk ditutup rapat dan tombol dalam kedudukan PRESSURE)
Tekan OFF dan tukar kepada fungsi "HIGH PRESSURE" dan ON, tekan sehingga nombor 7, (sebab kita hendak masak selama 7 minit guna fungsi HIGH PRESSURE)
Biarkan nasi masak dalam tekanan tinggi
Bila angka menunjukkan no: 0 dan bunyi beep...menandakan nasi dah masak
Pusingkan dan angkat sedikit tombol untuk mengeluarkan tekanan udara yang terperangkap
Biarkan sehingga semua tekanan udara dibebaskan...(jangan cuba-cuba buka penutup kalau tekanan masih ada..)
Selepas semua tekanan udara telah bebas sepenuhnya, buka penutup dan gemburkan nasi kemudian masukkan kacang peas dan kismis.
Tutup periuk semula dan biarkan nasi selama 2-5 minit didalam periuk dalam fungsi WARM/PREHEAT
Bila nasi telah betul-betul masak , masukkan ke dalam pinggan yang sesuai dan taburkan dengan hirisan daun bawang ,daun sup dan bawang goreng
Nasi ini boleh dimakan dengan lauk pauk iringan
nya yang sesuai

No comments:

Post a Comment