Thursday, 27 August 2015

AWAS KANSER USUS BERBAHAYA!


hai semua selamat petang....

hari ni nak share pasal kanser usus...jangan abaikan jika diri anda tidak buang air besar selama berhari2..


di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.

KANSER USUS

Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada  kanser yang kerap berlaku. Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan  boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil  untuk mengurangkan risiko kanser usus.





Wednesday, 26 August 2015

KENAPA PERLU BUAT SIDE INCOME

ASSALAMUALAIKUM

Mengapa perlu buat bisnes?
ada dua Faktor utama 
1) Kos sara hidup semakin meningkat tahun demi tahun.
2) Sekarang Gaji RM3000 sebulan boleh dikatakan miskin dan masih tidak mencukupi.





Sunday, 16 August 2015

HARGAILAH IBU DAN BAPA ANDA

Assalamualaikum hai...

hai sahabat yg baru menjengah tu selamat datang ke blog sy... nama diberi amira ezwana binti kamal ariff, berumur 20 tahun, 100% buat bisnes SHAKLEE sahaja tidak berkerja. lebih selesa digelar dengan gelaran wana...

ok hari ni wana nak cerita tentang keluarga wana...

wana ada dua ayah satu ayah kandung dan satu ayah tiri..dua2 wana sayang...

ayah kandung wana meninggal 12/10/1998 ketika umur wana mencecah 3 tahun... masa tu wana kecik lagi tak tahu apa2pun... tapi ibu cerita wana lah paling rapat dengan abah wana... bila abah meninggal wana duduk tepi kubur abah dan menangis.. "bangunlah abah kakcik nak ikut abah bawak lah kakcik masuk dalam sekali" masa ibu cerita memang sedih sgt,,,, rasa menitis air mata walaupun xingat pun pernah ckp cmtuu...hurmmm... wana tanya "ibu muka abah cmne??" 

IBU: kakcik kenal P .RAMLEE??
SAYA: kenal kenapa ibu?
IBU: kalau kakcik nak tahu muka arwah abaj macam mana? pandang lah P.RAMLEE mmg serupa
SAYA:terus google gambar p ramlee hurmm lalu menangis..
IBU:knp menangis mira??
SAYA:hensem juga abah mira ye?? macam p ramlee..
IBU: ye kalau tgk p ramlee mmg teringat arwah abah mira..
SAYA:(menangis)

hurmmm ye mmg ada seiras P RAMLEE pun tapi xlah serupa mana sikit2 ada lah...
nah xpercaya?? ni wana tepek gambar arwah abah wana..





















nah nampak x?? macam p ramlee x??? ada iras x?? ada kan walaupun sikit??
hehehehe... itulah kuaga sy... wana ada adik beradik...    2 abang dan 1 adik wana anak no 3...
.

selama 6 tahun ibu menjadi SEORANG BALU...

membela kami 3 beradik .. adik sy..nenek sy belah ayah bela...
ibu berkerja siang dan malam di motorola.. kami dihantar rumah pengasuh...
ibu kerja demi mencari sesuap nasi untuk kami.. xpernah kenal erti jerih mahupun payah,,,
sentiasa tersenyum walaupun penat... itulah hebatnya SEORANG IBU...

diumur saya 8TAHUN.. ibu bernikah dengan seorang lelaki yang diberi nama AB AZIZ BIN HITAM
seorang yg BAIK,PERAMAH.... xpernah sekali pun dia marah atau naik tangan dekat saya...selalu orang kata ayah tiri jahat p alhamduliilah sy dapat seorang ayah yang baik... sangat baik..walaupun hanya ayah tiri sahaja.. nah sy letak gmbr ibu saya nikah


















ayah tiri saya bela saya jaga sy dan didik sy... dengan baik... sehingga sy besar dari 8tahun-16tahun'
sy syg sgt arwah ayh sy...walaupun dia hanya ayah tiri...dia jaga saya macam ayah kandungnya...ya ALLAH mmg xkn jumpa ayah tiri sebaik dia lagi...

pada tahun 2010
adalah tahun terakhir sy beraya dengan seorang yang bernama ayah ye tahun terakhir,,,, ayah sy pergi meninggalkan kami sekeluarga pada  4/11/2010 tepat jam 4.44PM...
tahun tu abah minta nak pakai baju colour hijau.. tapi kami xjumpa baju colour hijau..
dia kata xpelah abah pakai jubah hijau yang beli dekat mekkah tu...

saya kata dekat ibu..ibu sedihnya xdpt belikan baju abah,,, ibu kata tak pelah tahun depan ada lagi... p tiba2 abah kata..tahun depan "as raya dengan anak2 je sebab mungkin abg dah pergi jauh".. masa tu kami semua terkejut kenapa abah ckp mcm tu..mira syg abah... tapi abah kata... "Nabi Muhammad pun meninggal umur 63 tahun" abah xthu umur abah smpai mana sekarang pun dah 62 tahun...
inilah raya terakhir kami....kali terakhir sy minta mmaf sy cium dan salam tangan abah..



hurmmm semua menangis masa tu..sy bangun dan peluk abah sy... abah saya dimasukkan ke hospital akibat tidak boleh membuang air besar dan perut sebu je... lama abah duduk hospital dan doc operation..lepas tu abah sesak nafas dan sukar untuk bernafas,,,,doc masukkan abah ke wad ICU.. dan leher abah ditebuk.... sedih sgt masa tu..bila kami dtg abah senyum je walaupun sakit... abah dah xceria macam dlu... bila nurse sedut kahak abah... abah menangis abah kata sakit...masa tu sy xley tgk abah.. saya sedih.. abah selalu suruh sy bacakan yassin dekat telinga abah..setiap kali sy dtg mesti sy bacakan yassin..

sampailah 45 hari abah dalam ICU... doc panggil semua keluarga berkumpul.. sebab doc kata arwah abah dah tenat dan dah xsedarkan diri lagi.... ALLAHU masa tu jantung saya bagaikan terhenti seketika..xboleh nak terima kenyataan abah yg sy syg akan pergi tinggalkan kami...
dan tibalah waktunya.. nadi dan jantung abah semakin lemah..ramai saudara mara yang datang...sy tetap disisi abah..mengajarkan abah mengucap..mengusap airmata abah..mengajar abah berzikir,,..dan akhirnya MALAIKAT MAUT TARIK NYAWA ABAH SELAMANYA... kami redha...redha dengan kepergiaan abah..seharian sy xtidor...

malam tu jenazah abah tiba di rumah abah... sy xdpt tunggu abah sebab terllu letih penat dan sakit kepala..air mata dah xmampu nak kelaur lagi...dah puas menangis...dan akhirnya sy kata... "ABAH PERGILAH MIRA REDHA MOGA ABAH TENANG DISANA"


alhamdulillah sy dapat mandikan jenazah abah..dapat cium wajah abah buat kali TERAKHIR....
sampai sekarang masih terbau wanginya abah ketika dimandikan..dikapankan sehingga di kebumikan,,,

ABAH mira xkn pernah lupakan abah xkn pernah...setiap kali pergi makan mesti teringat abah..sebab abah suka makan...lagi2 nasi kandar...mira selalu terbayang senyuman manis abah..terngiang2 abah bagi nasihat dekat mira... abah.. moga kita berjumpa di syurga ALLAH kelak INSYA ALLAH.. mira sayang abahh...

sahabat bila dan tika mana orang tuam mu masih ada.. HARGAILAH MEREKA.. sebab ap?? sebab bila dia dah tak ada kamu akan rasa bertapa perit dan rindunya kamu pada dia..saat itu semua dah terlambat... jadi hari ini bangkitlah mohon lah kemaafan pada dua orang tua mu..kerana kita tak tahu siapa diantara kita yang akan pergi dulu...adakah kita?? adah kah ibu atau bapa kita??


sekian coretan saya hari ini

assalamualaikum


HALAWATUL IMAN






sekarang wana nak cerita tentang halawatul iman.. ha semua mesti tertanya apa itu halawatul iman kan??
mari sini wana cerita kan. apa maksud halawatul iman??
maksud halawatul iman ialah:

kemanisan iman ini memang satu nikmat yang tak terhingga yang diberikan oleh ALLAH pada hambaNYA .. seseorang hamba yang mendapat kemanisan iman akan merasai satu keinsafan . mendapat keseronokkan dan kenikmatan dalam beribadah .. betapa manisnya iman yang ALLAH berikan kepada kita alhamdullillah

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan , tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.


Ana ingin menyebutkan beberapa langkah untuk mendapat kemanisan iman dari ALLAH swt ..
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh.